Tuesday, December 22, 2009

Saya Busy Mana Boleh Update Blog


dah berapa hari eh tak update blog? sekarang rasa macam busy. bila terdetik nak update nanti mesti kata "eh, tak boleh. aku kan busy, mana boleh nak update". haha. ni tengah amek masa sekejap nak tulis ape yang rasa macam nak tulis.


okay perkara pertama. midterm exam semakin hampir. maksudku, memang sangat-sangat hampir dan bahang tekanan semakin dirasai. wuu. dalam 2 minggu lebih je lagi mula dengan 9 januari, 7 subjek berturut-turut dan dimulakan dengan physiology! ayyoo ammaa appaaa huhuu. takpe kinah, cool. berusaha untuk itu. itu pasti.

yang kedua saya ingin tegaskan disini bahawa, kepada semua rakan-rakan yang rasa pintu rumahnya senang di kopak atau dimasuki pencuri, sila lah pasang lock/mangga pintu banyak-banyak bila keluar, kalau boleh dari atas sampai bawah. kalau ada haiwan belaan macam snowy tu pun tak mencukupi sebab dia mampu tengok je. melainkan anda telah train dia taekwando sampai tali pinggang hitam. ini kerana baru je kejap tadi, dapat info dari Umar yang rumah nombor 3, rumah jejaka AQ kena masuk pencuri. laptop, hp, saratoga(selimut tebal), baju & external hard disk kepunyaan Faiz atau lebih dikenali sebagai Paih telahpun dirompak oleh si jembalang pencuri. bapak toyol betul. huhuuu.

dan yang ketiga. winter break ni nak pegi Sinai! last year pergi dumyat je. tahun ni nak pergi Sinai lepastu Alexandria. ehem ehem! Alex ye tanpa sebarang kontroversi kali ini. cihhh, exam pun tak lepas lagi nak cakap pasal cuti. kholas baah!


terakhir sekali, 17hb yang lepas. yeehee! selamat hari jadi kepada diri sendiri. laporan hari jadi bakal menyusul tapi disebabkan sekarang saya-busy-mana-boleh-update-blog , jadi kita postpone je lah. (ceh padahal ni bukan tengah mengupdate ke?!)

jumpa lagi!

p/s: rasa macam nak reti cakap arab ammiyah sekarang jugak. geram la bila tak dapat komunikasi dengan lancar. nak gaduh dengan pakcik arab pun payah. hahaha salah niat dah tu.

Kisah Rindu Kakak dan Adik.


ni lagi sorang rindu tapi taknak cakap dulu. cara diorang tegur sama je lepastu tanya rindu kat diorang ke tak. ish dik, kakak tahu adik yang rindu. hahaha

dahla birthday haritu tak wish pun.
sebagai hukuman, kena pos hadiah bersaiz gajah sekarang jugak!

Sunday, December 13, 2009

Kisah Rindu Adik dan Abang.


kinah tau dah akmal rindu kinah :P

Muhammad Akmal

kinah

12:53Sakinah Syahirah

ye

12:54Muhammad Akmal

rindu

kamu kat abg kan

:D

12:54Sakinah Syahirah

ek elehhh

haha

akmal yg rindu

12:55Muhammad Akmal

abg rindu nak bantai kamu

:D

12:55Sakinah Syahirah

kinah rindu nak jerit kat akmal

:D


Thursday, December 10, 2009

Bila Abah Cakap Anaknya Comel..

PRINT SCREEN CEPAT-CEPAT!
=P

Wednesday, December 9, 2009

Saya Kebab Jaga Snowy



kalau nak luah betapa sayang kat dia tu, huh perkataan sayang tu je dah taktau nak ucap macam mana. memang sayang la tak terkira.

tapi orang dalam kotak tv kata,

"kalau kita sayang seseorang, kita kena tunjukkan kasih sayang kita"

tak tahu dah cara macam mana nak ekspres sayang kat kucing sekor ni. sampai rasa nak jerit
"wey snowy, kau tahu tak aku sayang kau!"
itupun kalau dia faham la kan.

(dan sekarang snowy macam tau tau je ada orang tengah ngumpat pasal dia kat blog ni. tu dia tengah mengintai kat pintu)

adehh hal kucing seekor pun nak runsing. hhmmmm.
bila orang lain punya kucing manja dengan tuan, perhh membara je rasa jeles.
mane taknya, kita nak usap sikit dia cakar.
mata ni pun dia dah cakar. kalau kuku tepat kat biji mata sikit lagi dah boleh jadi pirate mansoura. aye yeay captain!

snowy, bagi la satu sign. satu je. tunjuk yang snowy pun sayang kat mama. ke sebab dia haiwan tak berakal? haha entah aku pun taktau. rasa dah tawar hati sebab bila nak pegang sikit, dia mesti nak cakar dengan gigit. entah-entah tu cara dia nak tunjuk kasih sayang kot? haha unik. tapi aku yang sakit hati semua ada. simpan je lah kuku tu snowy.

SAYANG MEMANG SAYANG. sebab dia berjaya menguji sifat keibuan dan tanggungjawab ku. walaupun takdelah beribawa mana tapi dapat la muqadimah rasa tanggungjawab tu kan kan. haha :P


p/s: rasa macam nak bagi kat baba dia terus lah.
blog oooo blog.
kalau kau boleh bercakap lah kan. kau nak kata apa kat aku?


bela unta best tak?

Monday, December 7, 2009

Back To Basic

Baba, baiki la sakhonah. air sejuk buat saya malas mandi.

(macam tak boleh panaskan air lepastu letak dalam besen)
nak seribu daya taknak seribu dalih. ya, aku sedar aku kuat berdalih. kalau aku betul-betul nak sesuatu kenapa perlu aku berikan alasan. aku tidak determine bila nak buat kerja. melainkan pada sesuatu benda yang betul-betul aku minat, dan bila mana aku sedang berusaha bersungguh-sungguh ataupun fokus terlampau dalam sesuatu hal, sergah lah aku banyak mana pun, aku tak akan sedar. jangan sesekali matikan mood gigih aku.

kenapa lately post aku macam serius semacam. aku boleh huha huha kalau aku hendak, aku juga boleh serius bila aku rasa perlu. minggu ni aku rasa semacam, aku rasa semua benda yang aku lakukan macam tiada guna. bila aku rasa hilang arah, apalagi, back to basic ;

kenapa aku berada di tempat aku ada sekarang?
kenapa aku resah sedang aku punya masa untuk tenang?
kenapa aku seakan-akan hilang khusyuk dalam ibadah dan doaku?

sungguh aku jauh dari dasar asalku.
aku hampir jauh.


dan sejak ahir-akhir ni, fikiranku asyik di pop-up pasal ukhuwah.
aku takut, sangat takut dibenci pada sesuatu benda yang aku sayang atau
perkara yang aku rasa tak perlu ada permusuhan.
aku tak mahu hubungan persaudaraan itu menyeksakan.
aku takut setiap kata dan langkah telah mengguris mana-mana orang yang berada disekelilingku.
salah faham selalu ada, yang penting cara kita mengatasinya.

GIGIANs sangat cool.

Sunday, December 6, 2009

Sahabat Saya (karangan sekolah rendah 120 patah perkataan)


saya punya sahabat baik. (baik ke?). nama dia Musfirah Mustaffa. dia sangat memahami saya sampai saya rasa yang saya yang tidak dapat memahami dia. dia cool bila saya sedang emo dan dia tidak emo kembali. dia faham bila saya kata saya busy. sampai kadang-kadang saya rasa saya yang sangat kejam. dia sangat supportive dan selalu cuba buat saya jadi positive bila dirundum masalah. dia seorang yang girang dan berjaya mematikan ego saya. dia banyak membuka minda saya. dia tak sedar yang dia seorang yang positive sebenarnya. family dia pun dah macam family saya juga.

kami telah banyak mengharungi detik gembira bersama dan mungkin juga tika saat-saat berduka. dari hari saya tarik tangan dia masa naik tangga di sekolah ketika berada di tingkatan 2 (14 tahun) sampailah sekarang (19 tahun). saya sayang dia sebab dia banyak mempengaruhi hidup saya. bila saya rasa yang saya tiada kawan, saya salah sebenarnya. saya tahu dia sentiasa ada.saya taknak bagitahu dia yang saya tulis tentang dia di blog ini. biar lah dia pandai-pandai jumpa sendiri.



dengan ini, dengan rasa rendah diri saya ingin dia tahu saya sayang sangat kat dia dan saya mahu minta maaf jika saya banyak buat dia kecil hati dan kecewa dengan mana-mana perlakuan saya yang telah mengguris perasaan. MAAF.

Saturday, December 5, 2009

Apa Itu Adil?

sambil aku tunggu azan maghrib,
aku lihat telatah manusia di jaring.
bandingkan jelas dengan diri sendiri.
sampai sejenak aku terfikir,

apa perlu aku berkata tentang orang?
sedang sendiri terkapai-kapai mencari identiti.
apa perlu aku menghukum orang?
sedang aku punya permasalahan sendiri.

tidak adil bagi aku.
aku telah tidak adil pada diri dan orang lain.
meletakkan sesuatu bukan pada haknya.

aku salah pada yang itu.

aku akur khilaf ku ini...

Tuesday, November 24, 2009

Sakit

biar aku saja yang terguris perasaan,
daripada orang yang aku sayang.
jangan mereka.
kerana aku sakit lihat mereka sakit.


Monday, November 23, 2009

Edisi Jakun Naik Kuda Pula =)


semalam.

kami berempat satu housemates pergi Sikkah Gadidah sebab nak makan aiskrim dengan fatirah baik punyaa! nak tahan teksi tu, perhhh tumbuh janggut nak tunggu. hehe. lepas beberapa minit direject mentah-mentah oleh ammu-ammu teksi, akhirnya ada abe arab ni sudi nak sumbatkan kami ke dalam teksinya.

sampai je El-Fayoumy (nama kedai) , kamera terus memulakan aksi.






ni dia aiskrim pujaan idaman hati. LE 1.50
memang lazat tiada tandingan.
(ayat nak bodek je)



ni ammu fatirah yang juga memang terbaik punya.
bukan ammu ni, fatirah yang terbaik :)



habis je buat liputan jalan-jalan cari makan. kami pun dah selesai sumbat segala jenis makanan yang boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah, jadi segera lah bergegas ke seberang jalan untuk menahan teksi. entah kenapa tahun ni rasa macam payah je nak tahan teksi dekat Mansoura ni. last year takdelah rasa sesusah tahun ni. kali ni bukan setakat janggut yg tumbuh, jambang pun berebut-rebut nak keluar. pehh menguji kesabaran jugak la. dengan bunyi hon sana sini lepastu kena reject lagi dengan pakcik-pakcik teksi.

hah! hikmah tiada teksi, lalu muncullah kereta kuda idaman untuk menjemput puteri-puteri kayangan pulang ke mahligai dengan bayaran LE 2 seorang -___- tak berapa nak kayangan lah kan, haha. tapi pakcik yang tunggang kuda tu sangat lah menceriakan kami yang telah bermuram durja sekejap tadi , tensi tiada teksi. haha. pakcik tu suruh ambil gambar-gambar. semangat sehh dia tunjuk. sampai orang jual pisang kat tepi jalan pun dia suruh ambil. memang happening. kami layankan aje disamping teruja naik kuda. memang cool . selalu naik kuda kat kawasan yang pemandangan cun macam Alexandria tu ha, tepi pantai wohh. tapi ni kat Mansoura. Mansoura! kawasan perumahan. ape sajalah pada pemandangan. eh kalau kat sungai nil syok jugak. tapi serius rasa cool dan teruja. seperti biasa, kami had fun dan menikmati ride dengan sepenuh hati. haha.





setibanya kami di mahligai idaman, kecoh habis kat jalan syaimak tu nak suruh ammu stop kejap sebab nak tangkap gambar dengan dia. kehkeh. liputan jalan-jalan cari makan dah jadi Edisi Jakun #2

p/s: tengok kuda ni, teringat syahid amjad. mane dikau menghilang?