Sunday, December 6, 2009

Sahabat Saya (karangan sekolah rendah 120 patah perkataan)


saya punya sahabat baik. (baik ke?). nama dia Musfirah Mustaffa. dia sangat memahami saya sampai saya rasa yang saya yang tidak dapat memahami dia. dia cool bila saya sedang emo dan dia tidak emo kembali. dia faham bila saya kata saya busy. sampai kadang-kadang saya rasa saya yang sangat kejam. dia sangat supportive dan selalu cuba buat saya jadi positive bila dirundum masalah. dia seorang yang girang dan berjaya mematikan ego saya. dia banyak membuka minda saya. dia tak sedar yang dia seorang yang positive sebenarnya. family dia pun dah macam family saya juga.

kami telah banyak mengharungi detik gembira bersama dan mungkin juga tika saat-saat berduka. dari hari saya tarik tangan dia masa naik tangga di sekolah ketika berada di tingkatan 2 (14 tahun) sampailah sekarang (19 tahun). saya sayang dia sebab dia banyak mempengaruhi hidup saya. bila saya rasa yang saya tiada kawan, saya salah sebenarnya. saya tahu dia sentiasa ada.saya taknak bagitahu dia yang saya tulis tentang dia di blog ini. biar lah dia pandai-pandai jumpa sendiri.



dengan ini, dengan rasa rendah diri saya ingin dia tahu saya sayang sangat kat dia dan saya mahu minta maaf jika saya banyak buat dia kecil hati dan kecewa dengan mana-mana perlakuan saya yang telah mengguris perasaan. MAAF.

1 comment:

Nurana said...

piahhhhhhhh...hehe